MUSIM tengkujuh mula melanda Pantai Timur Malaysia. Suasana suram sahaja di Pulau Stelu yang terletak 30km dari Gua Musang, Kelantan. Penduduk kampung bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sebarang kemungkinan akibat cuaca buruk.
Empat tahun lepas, arus kuat yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa menghanyutkan kayu-kayu balak, lalu terapung di sepanjang sungai dan tersangkut dibawah jambatan yang menghubungkan kedua-dua belah Pulau Stelu.
Kayu balak menyumbat bawah jambatan hingga bertukar menjadi empangan, melimpahkan air Sungai Nenggiri dan menenggelamkan Pulau Stelu. Seramai 200 keluarga terpaksa berteduh di masjid kampung itu yang terletak di akwasan lebih tinggi.
Pada jam 2.30 petang, 23 Disember 2014 dari masjid itu penduduk kampung melihat jambatan yang dibina pada pertengahan 1980-an itu runtuh.
Setahun kemudian, Asrul Fikri Mahmud atau lebih terkenal dengan nama Yo berdiri di hujung sebelah jambatan untuk mengawal lalu lintas. Jambatan sementara itu hanya mampu menampung laluan sehala.
Tugas Yo ialah memastikan kenderaan dari Gua Musang berhenti jika terdapat kenderaan dari arah bertentangan lalu di atas jambatan.
Manakala di hujung sebelah lain, sekumpulan remaja akan memberi isyarat jika tiada kenderaan datang. Tidak kira siang atau malam, hujan atau panas, mereka akan memastikan jalan Gua Musang-Jelawang itu selamat untuk dilalui kenderaan. Anak-anak muda di Pulau Stelu ini bergilir-gilir mengawal lalu lintas di jambatan itu.
Ketika musim hujan, paras air sungai naik dan menenggelamkan jambatan sementara untuk berjam-jam lamanya. Yo dan rakan-rakannya akan menghentikan mana-mana kenderaan yang mahu menyeberangi jambatan. Ada juga beberapa pemandu yang akan menghulurkan tip kepada mereka. – 4 November, 2018.
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) melintasi jambatan sementara untuk menyeberangi Sungai Nenggiri di Pulau Stelu, Gua Musang. Jambatan ini hanya boleh dilalui secara sehala. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Asrul Fikri Mahmud yang sukarela mengawal kenderaandi atas jambatan. Tidak kira hujan atau panas, siang atau malam, Asrul akan memastikan semua orang selamat ketika menyeberangi jambatan sementara di Sungai Nenggiri ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.
Sebuah motosikal sedang menggunakan jambatan menyeberangi Sungai Nenggiri. Ketika musim hujan, jambatan ini tenggelam dan mengambil masa sehingga lima jam untuk air sungai surut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Beberapa buah bot di tebing sungai yang akan digunakan apabila air Sungai Nenggiri menenggelamkan jambatan sementara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Beberapa penunggang motosikal menunggu giliran untuk menyeberangi jambatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Sebuah jambatan baharu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada pertengahan Mac tahun depan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Anak-anak muda di Pulau Stelu yang mengawal lalu lintas di jambatan melihat telefon masing-masing sementara menunggu giliran untuk bertugas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Kenderaan perlu menuruni cerun sebelum melalui jambatan untuk ke seberang Sungai Nenggiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Seorang budak lelaki meminta seorang pemandu lori berhenti sebelum menyeberangi jambatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Anak-anak muda yang sukarela mengawal lalu lintas di jambatan sementara di Sungai Nenggiri berehat sebentar di sebuah pondok yang didirikan di hujung jambatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Sungai Nenggiri mengalir dari Banjaran Titiwangsa dan bertembung dengan beberapa sungai yang membentuk Sungai Kelantan yang kemudian mengalir ke Laut China Selatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.
Kayu-kayu balak tersangkut di tepi jambatan sementara Sungai Nenggiri di Pulau Stelu, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Seorang kanak-kanak perempuan menghulurkan wang sebagai tip kepada seorang anak muda yang mengawal jambatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.Seorang penduduk kampung berehat sebentar di sebuah pondok yang dibina di tebing Sungai Nenggiri di Pulau Stelu, Gua Musang. Tarikh 23 Disember 2014 adalah tarikh jambatan Pulau Stelu runtuh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 November, 2018.
Komen