SUASANA di Tumpat masih gelap dan hanya diterangi lampu jalan, tetapi sudah ada penumpang yang setia menanti di stesen kereta api terakhir di pantai timur itu walaupun jam baru menunjukkan pukul 4.10 pagi.
Ada antara mereka menaiki kereta api sampai ke Kuala Lipis di Pahang, dan ada juga yang turun di antara puluhan stesen di sepanjang laluan itu.
Antara penumpang setia setiap hari ialah kira-kira 100 pelajar SMK Dabong yang tinggal di Kampung Slow Pak Long, Kuala Geris, Slow Temiang, dan penduduk di sekitar Kuala Krai, Kelantan, termasuk guru sekolah.
Kira-kira pukul 6.30 pagi, pelajar yang lengkap beruniform sekolah memasuki tiga gerabak kereta api yang berkuasa diesel. Cuaca sejuk di dalam tren dihangatkan dengan gelak ketawa serta perbualan mereka tentang kerja sekolah.
Ada juga pelajar yang berdiri di tepi pintu menikmati pemandangan indah di luar.
Kurang sejam kemudian, mereka turun di stesen Dabong yang terletak kira-kira 200 meter dari sekolah.
Pukul 3 petang hari yang sama, mereka akan menaiki kereta api yang sama untuk kembali ke rumah di Tumpat. – October 28, 2018.
Pelajar berbincang tentang kerja rumah mereka ketika dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober, 2018.Pelajar dan seorang guru berjalan menuju ke SMK Dabong di Dabong, Kelantan, selepas turun di sebuah stesen yang terletak sejauh 200 meter. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober, 2018.Seorang pelajar membaca Al Quran ketika menaiki kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober, 2018.Penumpang memulakan perjalanan mereka seawal pukul 4 pagi untuk menaiki perkhidmatan kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Kenderaan berhenti untuk memberi laluan kepada kereta api Tumpat-Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Kira-kira 100 pelajar menggunakan perkhidmatan kereta Tumpat-Kuala Lipis untuk ke sekolah di Dabong, Kelantan. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Seorang pelajar menikmati pemandangan indah ketika menaiki perkhidmatan kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Pelajar berjalan kaki untuk menaiki perkhidmatan kereta api Tumpat-Kuala Lipis sebelum ke sekolah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Orang ramai menunggu giliran untuk menaiki perkhidmatan kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Salah satu pemandangan di stesen Tumpat yang merupakan stesen kereta api paling hujung di laluan pantai timur. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Pelajar menunggu giliran untuk untuk menaiki perkhidmatan kereta api Tumpat-Kuala Lipis. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Sebuah kereta api berhenti di stesen Pasir Mas, Kelantan. A train making a stop at the Pasir Mas station in Kelantan. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.Pelajar SMK Dabong beratur untuk menaiki kereta api Tumpat-Kuala Lipis menuju ke sekolah mereka. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Oktober.
Komen