BEBERAPA pertuduhan jenayah lagi hari ini dikenakan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak, kali ini bersama-sama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Kedua-duanya yang memegang jawatan penting dalam dana pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad ketika pentadbiran Barisan Nasional didakwa atas pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Hari ini. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Seorang lagi orang kanan Najib, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Negara Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid- yang mengetuai unit perisikan dalam Jabatan Perdana Menteri- juga didakwa dengan satu pertuduhan pecah amanah kerana salah guna dana menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. – 25 Oktober, 2018.
Bekas perdana menteri Najib Razak ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2018.Isteri Najib, Rosmah Mansor dan anak lelakinya, Norashman meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.Peguam Najib, Mohammad Shafie Abdullah dikelilingi petugas media. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut hadir memberikan sokongan kepada bekas presiden Najib Razak hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.Rosmah Mansor meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2018.Bekas ketua perisik Hasanah Abdul Hamid diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.Najib Razak diiringi pegawai SPRM ketika sampai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2018.Mohd Irwan Serigar Abdullah diiringi pegawai SPRM ketika sampai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Oktober, 2018. Mohd Irwan Serigar Abdullah sampai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.Hasanah Abdul Hamid tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Oktober, 2018.
Komen