INDUSTRI muzik tanah air hari ini dikejutkan dengan kehilangan seorang penyanyi lagenda yang popular pada era 90an, Saleem Iklim.
Saleem atau nama sebenarnya A.M Saleem Abdul Majeed, 57, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia awal pagi tadi selepas sebulan mengalami kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.
Jenazah akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras untuk disembahyang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn Cheras selepas solat Zohor.
Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan Iklim popular pada tahun 1990-an menerusi lagu Suci Dalam Debu. – 14 Oktober, 2018
Jenazah dibawa keluar dari bilik mayat PPUKM untuk disembahyangkan di Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018 Isteri Saleem, Julia Bachok mengiringi jenazah suaminya untuk dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota Cheras. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018 Anak kepada Saleem, Syafiq Farhain tiba dari Terengganu selepas mengetahui berita kematian bapanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018 Rakan seperjuangan Saleem dalam industri muzik Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail turut hadir ke PPUKM. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018 Zamani Slam turut hadir ke PPUKM bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Saleem. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018Pelakon Johan Asaari antara rakan artis yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Saleem. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018Isteri Saleem mengiringi jenazah ke Surau As-Syakirin untuk disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018Penyanyi Hattan hadir ke PPUKM untuk menziarahi keluarga dan jenazah Saleem. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018Pelakon Johan Asaari memeluk rakannya ketika menziarahi jenazah Saleem di PPUKM hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Oktober, 2018
Komen