PORT Dickson merupakan pusat peranginan pantai di Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 90km dari Kuala Lumpur adalah destinasi percutian popular tetapi semakin hilang daya tarikannya akibat pencemaran, kemiskinan dan bangunan terbengkalai.
Bangunan usang separuh siap dengan lukisan grafiti, dan pantai dicemari sampah, merosakkan imej Port Dickson sebagai destinasi percutian hujung minggu.
Seminggu berlalu sejak hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson tetapi semua kelihatan masih bertenang walaupun tujuh calon bersaing untuk merebut kerusi Parlimen kawasan itu.
Dalam PRK keempat sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan akan berdepan enam calon lain tetapi ramai pemerhati berpendapat presiden PKR itu masih mempunyai apa yang diperlukan untuk menewaskan lawannya dengan mudah.
PRK kerusi di tepi pantai yang indah ini akan menjadi laluan bagi kemunculan semula Anwar ke Parlimen.
Port Dickson tidak lama lagi akan dikenali bukan hanya sekadar destinasi pelancongan. Ia akan menjadi bandar yang tempat “kelahiran semula” bakal perdana menteri seterusnya. – 5 Oktober, 2018.
Anggota tentera daripada Pasukan Keagamaan Tentera dilihat semasa acara di Pusat Latihan Asas Angkatan Darat (Pusasda) di Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Beberapa orang wanita mendengar ucapan ceramah di Kampung Bagan Pinang di Port Dickson, Negrei Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Sebuah keluarga berkumpul sambil mendengar ceramah di Kampung Bagan Pinang di Port Dickson, Negeri Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Pemandangan stesen keretapi Port Dickson. Rumput dan semak meliputi landasan kereta api yang tidak lagi beroperasi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Kaum wanita berbelanja di Pasar Tani Port Dickson, Negeri Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Kuarters tinggal yang terdapat di Port Dickson, Negeri Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Dua orang warga emas sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Lukut, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Salah satu projek terbengkalai di Port Dickson, Negeri Sembilan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Seorang wanita berdoa di kuil Sri Maha Mariamman di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Seorang pekerja ladang sedang memetik bunga untuk digunakan dalam upacara keagamaannya di Ladang Siliau, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Sebuah keluarga berseronok berkelah di pantai Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Kelihatan sepasang lelaki dan wanita sedang berswafoto. Kelihatan juga bangunan hotel dan resort yang yang dibina berhampiran pantai di Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.– 5 Oktober, 2018.
Sebuah keluarga di depan sebuah kedai runcit di Ladang Siliau, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Salah satu stesen janakuasa utama di Malaysia yang menghasilkan 1500 MegaWatt (MW), Stesen Tenaga Tuanku Jaafar di Kampung Gelam. Port Dickson mempunyai dua stesen janakuasa yang satunya dikendalikan oleh Malakoff Berhad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Beberapa pekerja Hengyuan Refining Company dilihat di luar kilang minyak dan gas di Port Dickson. Loji penapis itu mampu memproses 120 ribu tong sehari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Seorang penunggang motosikal melepasi mural dengan motif sejarah Port Dickson di bandar Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.Seorang nelayan bersama botnya di Kuala Lukut, Port Dickson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Oktober 2018.
Komen