Polis serbu rumah ibu Najib 


Bekas perdana menteri Najib Razak ketika meninggalkan komplek mahkamah selepas berdepan 25 pertuduhan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 September, 2018

POLIS membuat serbuan ke atas rumah ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak namun tidak menemui apa-apa, menurut laporan. 

Serbuan itu disahkan oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah. 

“Ya, mereka sangat kejam kerana menakut-nakutkan wanita itu dan mereka tidak menemui apa-apa di rumahnya,” beliau dipetik sebagai berkata. 

Rahah Mohammad Noah, 86 tinggal di Jalan Eaton di Kuala Lumpur. Serbuan itu dilaporkan dijalankan oleh 14 orang anggota. 

Ia dilakukan pada waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Sebuah portal berita melaporkan, serbuan itu turut memecahkan siling rumah bagi mencari kemungkinan ada wang yang disorokkan, namun tidak menemui apa-apa”. – 20 September, 2018

 MENYUSUL LAGI 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Jibby see what have you done

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Teruna Kelana · Ulasan