Memalukan bila Apandi tolak lantikan MT Umno, kata Khairy


TINDAKAN bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali membuat pusingan-u mengenai pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno semalam adalah “memalukan”, kata bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Khairy membuat kitikan itu ketika parti itu cuba untuk memperlihatkan yang ia adalah parti pembangkang yang boleh dipercayai selepas gagal mempertahankan kerajaan Persekutuan buat pertama kalinya sejak Merdeka.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mempersoalkan apakah episod pusingan-u Apandi itu akan menjejaskan keupayaan Umno untuk memimpin pembangkang di Parlimen yang akan mula bersidang esok.

Apandi pada awalnya menerima pelantikan tersebut dan berkata beliau komited untuk membantu Umno terutamanya dari aspek perundangan, berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang ada padanya.

Namun, beberapa jam kemudian, Apandi menolak dengan alasan beliau khuatir pelantikan itu akan dikaitkan dengan tindakan dan keputusannya sebelum ini semasa jadi hakim dan peguam negara.

Pelantikan Apandi itu mendapat reaksi negatif termasuk dalam kalangan pemimpin Umno, misalnya Ketua Pemuda Umno Kedah, Hazizy Zainol Abidin yang menyifatkan parti Melayu itu masih belum belajar daripada kekalahan dalam pilihan raya umum yang lepas. – 15 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • apa-apa pun keputusan yang dibuat,diharapkan masyarakt tidak perlu membuat spekulasi berhubung kes ini.. beliau sudah memikirkan yang terbaik sebelum membuat keputusan

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan