Fadiah tenang walau disiasat kerana didakwa hina sistem beraja


Muzliza Mustafa

Ditemani tiga peguam, Fadiah disoal siasat selama sejam di ibu pejabat polis Brickfileds di Jalan Travers hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Julai, 2018.

BEKAS peguam dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri tetap tenang walau ditekan oleh sekumpulan individu tertentu yang mahu beliau disiasat dan didakwa menghina sistem beraja.

Ditemani tiga peguam, Fadiah disoal siasat selama sejam di ibu pejabat polis Brickfileds di Jalan Travers hari ini, menjawab 15 hingga 20 soalan mengenai laporan polis yang dibuat oleh sorang pelajar universiti berhubung artikelnya yang mengkritik sistem beraja secara terbuka.

Fadiah disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga membuat laporan polis terhadap beliau.

Siasatan ke atas Fadiah adalah berhubung artikelnya yang bertajuk “Jangan Engkau Cium Tangan Yang Memukulmu” yang disiarkan portal Malaysia Muda, Isnin lalu.

Dalam tulisannya itu, Fadiah mengulas kunjungan Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mengadap Sultan Johor tidak sampai seminggu selepas bebas dari penjara dengan pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.

Tulisan yang tular di media sosial itu antara lain menyentuh foto Anwar mencium tangan Sultan Johor, yang tersebar selepas kunjungan tersebut.

Fadiah mempersoalkan mempersoalkan mengapa perlu meneruskan dengan sistem beraja yang tidak lagi wujud di kebanyakan bahagian dunia di zaman ini.

Menjawab tuduhan yang dilempar terhadapnya, Fadiah berkata dalam demokrasi tiada intitusi yang kebal terhadap kritikan.

Beliau juga berkata hanya bersuara bagi pihak yang berfikiran sama dengannya.

“Mereka memikirkannya tetapi tidak boleh bersuara kerana minda mereka disekat. Ada orang kata ada perkara yang tak boleh diperkatakan tetapi soalnya, bila? Sampai bila? Saya di berada di sini kerana saya percaya ia adalah untuk semua orang. Kita perlu beramai-ramai menentang apa saja bentuk ketidak adilan,” kata Fadiah.

Bekas peguam itu berkata beliau mendapat kekuatan dan inspirasi dari rakan-rakannya di ssat menghadapi tekanan dari pihak tertentu. – 11 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen