Perkhidmatan e-panggilan diberi masa setahun patuhi peraturan baharu, kata menteri


Low Han Shaun

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, peraturan baharu yang akan berkuat kuasa esok itu juga akan digunakan bagi mengawal selia perkhidmatan teksi supaya ia adil untuk kedua-dua pihak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Julai, 2018.

PENYEDIA perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) di Malaysia akan diberi tempoh setahun untuk mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, peraturan baharu yang akan berkuat kuasa esok itu juga akan digunakan bagi mengawal selia perkhidmatan e-panggilan supaya ia memberi keadilan kepada industri teksi.

“Jadi kita mengadakan peraturan seperti lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) akan diseragamkan untuk kedua-dua pemandu (e-panggilan dan teksi) untuk mewujudkan kesaksamaan,” Loke memberitahu pemberita di kementerian itu hari ini. 

Loke berkata pertama sekali apa yang perlu e-panggilan dan syarikat teksi lakukan ialah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Setelah penggabungan Grab dan Uber pada Mac 2018, pihak SPAD telah menerima banyak aduan berkenaan kenaikan tambang Grab. 

“Oleh itu, kerajaan juga sedang mengkaji risiko monopoli perkhidmatan e-panggilan selepas penggabungan Grab dan Uber melalui Suruhanjaya Anti Persaingan (MyCC),” kata Loke.

Loke juga berkata pemandu teksi yang ingin menyertai industri e-panggilan akan diberi bantuan Geran Tunai Kerajaan berjumlah RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu.

Kedua, kenderaan teksi dan e-panggilan perlu mematuhi piawaian kerajaan, kata Loke.

“Kenderaan terbuka kepada semua jenama yang mempunyai sekurang-kurangnya taraf 3 bintang tahap piawaian Asean NCAP atau yang setara dengannya.

“Dan perlu menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (Puspakom) sekali dalam setahun apabila kenderaan melebihi usia 3 tahun dari tarikh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

“Pemeriksaan meter bagi kelas lesen teksi akan dilakukan sekali setahun berbanding dua kali setahun sebelum ini.”

Ketigan Loke berkata pemandu e-panggilan perlu mempunyai lesen PSV seperti pemandu teksi. – 11 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen