1MDB mangsa Jho Low, kata pendakwa Singapura


PENDAKWA raya Singapura berkata 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah “mangsa” Low Taek Jo, pembiaya dari Malaysia yang menggunakan wang yang dikesan pelabur negara itu untuk faedahnya sendiri, dalam pemfailan mahkamah yang dilaporkan Bloomberg hari ini.

Dikatakan kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang akan dilabur 1MDB dalam usahasama dengan PetroSaudi International Ltd dialihkan ke akaun bank milik Low, kata pendakwa hari ini.

Pendakwa mentakrifkan pembiaya Malaysia itu sebagai pusat dalam siasatan yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Mangsa utama dalam kes ini adalah 1MDB,” kata pendakwa Nathaniel Khng di mahkamah Singapura.

Pendakwa Amerika Syarikat (AS) yang menyiasat kleptokrasi dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB menggelar Low sebagai “dalang” dalam rancangan untuk menyedut keluar berbilion-bilion daripada dana negara.

Antara aset yang dibeli dengan wang didakwa dicuri daripada 1MDB dan ingin dirampas penyiasat AS melalui satu siri perbuatan pelucuthakan aset awam adalah kapal layar berjuta-juta dolar milik Low.

Low yang dilaporkan bersembunyi mengatakan kes Jabatan Kehakiman AS (DoJ) “sama sekali tidak berasas”.

“Kami menantikan mahkamah dibentangkan dengan fakta sebenar yang menunjukkan kes DoJ itu benar-benar tidak berasas,” katanya menerusi wakil, sebagai tindak balas kepada tindakan terbaru DoJ untuk mendapatkan semula aset bernilai AS$540 juta.

Yeo Jiawei, seorang bekas jurubank yang dijatuhi hukuman penjara paling lama dalam siasatan 1MDB Singapura, dan mengaku atas tuduhan penggubahan wang haram, dilaporkan memanggil Low “boss”.

Dalam prosiding mahkamah hari ini, Yeo menerima hukuman penjara 54 bulan bagi penggubahan wang haram dan kesalahan menipu yang dikaitkan dengan 1MDB. Hukuman penjara itu akan berjalan serentak dengan hukuman penjara 30 bulan yang dia terima pada Disember atas tuduhan cuba mengganggu saksi dalam siasatan.

Juga di Singapura, seorang pegawai kanan bank, Yak Yew Chee pada tahun lepas dihukum penjara 18 minggu dan didenda kerana memalsukan dokumen dan gagal mendedahkan urus niaga mencurigakan yang berkaitan dengan Low.

Bloomberg tidak menerima sebarang komen jawapan daripada Low.

Penyiasatan Singapura dalam aktiviti berkaitan 1MDB setakat ini menyaksikan lima orang disabitkan kesalahan di mana empat daripada mereka dijatuhi hukuman penjara. Terdapat siasatan yang dijalankan di seluruh dunia dalam penyelewengan dan penggubahan 1MDB. Setakat ini Singapura adalah satu-satunya negara yang membuat pendakwaan. - 12 Julai 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen