Saya terikat dengan janji Pakatan berhubung kebebasan undang-undang, kata Dr Mahathir 


Low Han Shaun Sheridan Mahavera

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pengkritiknya bahawa kepimpinan keduanya kini terikat dengan janji Pakatan Harapan untuk undang-undang dan kebebasan bersuara. 

Dalam temu bualnya dengan Al Jazeera, Dr Mahathir menolak tuduhan oleh pengkritiknya yang mengatakan bahawa dia kembali kepada pendekatan lelaki yang dikritik oleh para pengkritiknya yang menunjukkan gejala 22 tahun yang lalu.

Pemimpin berusia 92 tahun itu berkata, beliau kini terikat dengan janji dalam manifesto yang dikempen oleh PH dan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. 

“Saya perlu ikut manifesto yang dibuat oleh pakatan. Saya tidak bebas untuk lakukan apa sahaja kerana saya terikat untuk membawa apa yang ditentukan oleh pakatan,” kata Dr Mahathir.

“Dan Pakatan memutuskan untuk kita kembali kepada demokrasi, kita akan kembali kepada undang-undang,” katanya. 

“Jadi hari ini saya tidak boleh bersendirian, tangkap sesiapa sahaja.”

Pengkritik Dr Mahathir, yang kebanyakannya dari bekas partinya, Umno, menuduh beliau mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak kerana ‘dendam’ politik.

Najib pada 4 Julai lalu didakwa atas empat tuduhan penyelewengan berkaitan RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya daripada syarikat berkaitan kerajaan ketika menjadi perdana menteri.

Najib kehilangan kuasa selepas kemenangan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Pada kempen PRU14, PH dituduh bergabung hanya untuk kepentingan politik kerana ia turut melibatkan personaliti yang pernah dipenjarakan kerana perbezaan pendapat pada era Dr Mahathir antara 1981 hingga 2003. 

Mangsa politik Dr Mahathir termasuk Anwar Ibrahim, yang dipenjara enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa. Dr Mahathir dan Anwar berdamai dan kembali menubuhkan PH. 

PH dipilih untuk memegang kuasa pada PRU14 di atas platform untuk membanteras rasuah dan memberikan kebebasan kepada masyarakat sivil yang ditekan ketika era pentadbiran Najib. 

Dalam temubual dengan Al Jazeera, Dr Mahathir berkata walaupun ada sejarah hitam antara beliau dan Anwar, kedua-duanya sudah mengetepikan peristiwa lalu bagi menjatuhkan rejim Najib.

“Jadi Anwar dan saya dan ramai lagi yang sebelum ini menuduh saya atas pelbagai salah laku, kami memutuskan untuk lupakan perkara yang lepas.

“Kini kami bekerjasama kerana menjatuhkan Najib adalah lebih penting. 

“Jadi kami memutuskan untuk membentuk pakatan dan apa sahaja yang berlaku masa lalu tidak sepenting cubaan menjatuhkan Najib, kerana apa yang Najib buat beri kesan buruk kepada negara.”– 7 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen