SEHARI selepas bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa, Mohd Nazifuddin Najib dilaporkan berada di Taiwan untuk bertemu seorang pelakon wanita negara itu.
Ketika Najib dituduh di mahkamah pada hari Rabu, Nazifuddin turut hadir memberi sokongan. Pada hari itu, waris dan keluarga Najib bertanggungjawab membayar jaminan sebanyak RM500,0000.
Namun tidak sampai 24 jam kemudian, beliau berada di Taiwan untuk bertemu pelakon wanita berusia 34 tahun itu, lapor portal tabloid Apple Daily.
Satu rakaman video yang menujukkan reaksi gembira pasangan tersebut turut dimuatkan di portal berkenaan.
Laporan Apple Daily yang memetik kenyataan seorang jurucakap menyebut, anak lelaki Najib itu merupakan seorang rakan kepada pelakon tersebut.
Nazifuddin berlepas pulang ke Malaysia hari ini, lapor portal itu lagi.
Dalam tempoh kunjungan tersebut, Nazifuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan baharu mengamalkan “politik feudal” dan “dendam” dalam menjalankan pertuduhan ke atas bapanya
The Malaysian Insight sedang menghubungi beliau untuk mendapatkan kenyataannya.
Sementara itu di Malaysia, kumpulan penyokong menggerakkan rayuan kutipan derma membayar baki RM500,000 kepada mahkamah sebagai syarat jaminan Najib.
Bekas perdana menteri itu Rabu lalu mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahguna kuasa berkaitan SRC International.– 6 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Princess Katara · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh MOHAMAD KADIR · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Adanan Nordin · Ulasan