Pertemuan anak Najib dengan artis jadi perhatian media Taiwan


Sehari selepas bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa, Mohd Nazifuddin Najib dilaporkan berada di Taiwan untuk bertemu seorang pelakon wanita negara itu.– Gambar Facebook, 6 Julai, 2018.

SEHARI selepas bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa, Mohd Nazifuddin Najib dilaporkan berada di Taiwan untuk bertemu seorang pelakon wanita negara itu.

Ketika Najib dituduh di mahkamah pada hari Rabu, Nazifuddin turut hadir memberi sokongan. Pada hari itu, waris dan keluarga Najib bertanggungjawab membayar jaminan sebanyak RM500,0000.

Namun tidak sampai 24 jam kemudian, beliau berada di Taiwan untuk bertemu pelakon wanita berusia 34 tahun itu, lapor portal tabloid Apple Daily.

Satu rakaman video yang menujukkan reaksi gembira pasangan tersebut turut dimuatkan di portal berkenaan.

Laporan Apple Daily yang memetik kenyataan seorang jurucakap menyebut, anak lelaki Najib itu merupakan seorang rakan kepada pelakon tersebut. 

Nazifuddin berlepas pulang ke Malaysia hari ini, lapor portal itu lagi.

Dalam tempoh kunjungan tersebut, Nazifuddin dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan baharu mengamalkan “politik feudal” dan “dendam” dalam menjalankan pertuduhan ke atas bapanya

The Malaysian Insight sedang menghubungi beliau untuk mendapatkan kenyataannya.

Sementara itu di Malaysia, kumpulan penyokong menggerakkan rayuan kutipan derma membayar baki RM500,000 kepada mahkamah sebagai syarat jaminan Najib.

Bekas perdana menteri itu Rabu lalu mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahguna kuasa berkaitan SRC International.– 6 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Anak Najib teguk apa tu weii, bapa nko kena dakwa ko sibuk pegi Taiwan jumpa cinta hati ko yer.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Princess Katara · Ulasan

  • Best kan dia boleh lak berjalan jalan kan sampai ke sana ....tapi rakyat kat malaysia yang penyokong kuat sampai mati hidup balik buat tabung NAJIB

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh MOHAMAD KADIR · Ulasan

  • Yang bagi derma bangang..kononnya tak mampu bayar wang jaminan..kepala bapak kau

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Adanan Nordin · Ulasan