ZAKIR Naik tidak akan dihantar pulang malam ini, kata ketua polis negara.
Mohamad Fuzi Harun menafikan laporan terdahulu bahawa pendakwah kontroversi itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa India hari ini.
“Tidak betul. Dia tidak akan diekstradisi ke India malam ini,” katanya kepada The Star.
Dilaporkan bahawa stesen penyiaran India, NDTV mengesahkan dengan pihak polis Malaysia pendakwah itu akan dihantar pulang malam ini.
India mengehendaki Zakir berhubung ucapannya yang didakwa menghasut sehingga mencetuskan serangan ganas di Dhaka, Bangladesh pada 2016.
Stesen penyiaran India, NDTV mengesahkan dengan pihak polis Malaysia pendakwah itu akan dihantar pulang malam ini.
Zakir bagaimanapun melalui pertubuhannya mengeluarkan satu kenyataan, menyifatkan laporan itu “tidak berasas dan palsu”. – 4 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan