Zakir Naik tidak dihantar pulang malam ini, kata KPN


Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa pendakwah kontroversi Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2018.

ZAKIR Naik tidak akan dihantar pulang malam ini, kata ketua polis negara.

Mohamad Fuzi Harun menafikan laporan terdahulu bahawa pendakwah kontroversi itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa India hari ini.

“Tidak betul. Dia tidak akan diekstradisi ke India malam ini,” katanya kepada The Star.

Dilaporkan bahawa stesen penyiaran India, NDTV mengesahkan dengan pihak polis Malaysia pendakwah itu akan dihantar pulang malam ini.

India mengehendaki Zakir berhubung ucapannya yang didakwa menghasut sehingga mencetuskan serangan ganas di Dhaka, Bangladesh pada 2016.

Stesen penyiaran India, NDTV mengesahkan dengan pihak polis Malaysia pendakwah itu akan dihantar pulang malam ini.

Zakir bagaimanapun melalui pertubuhannya mengeluarkan satu kenyataan, menyifatkan laporan itu “tidak berasas dan palsu”. – 4 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Tidak malam ini. Habis bila?

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan