2 pelancong China maut dalam nahas bas Genting Highlands


Bas persiaran terbabas sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menuruni bukit di Jalan Genting-Bentong hari ini.– Gambar Facebook, 29 Jun 2024.

DUA warga China maut dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menuruni bukit di Jalan Genting-Bentong hari ini.

Kedua-dua lelaki yang maut di tempat kejadian itu dipercayai tersepit di tempat duduk mereka dalam nahas yang berlaku pada 10.40 pagi di Km16.5 jalan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata kedua-dua yang maut mengalami kecederaan di kepala.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Bentong, Pahang,” katanya.

Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan Genting Highlands telah dihantar ke lokasi nahas.

Bas persiaran itu, yang dalam perjalanan dari destinasi peranginan popular itu, membawa 11 pelancong lelaki dan tujuh wanita dari China serta tiga lelaki warga Malaysia. – 29 Jun 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen