Kebakaran: 300 penduduk hilang tempat tinggal 


LEBIH 300 orang hilang tempat tinggal selepas sambutan Gawai mereka berakhir dengan rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran.

Kebakaran melibatkan rumah panjang Rumah Ugop, yang terletak di luar bandar daerah Sebauh terletak kira-kira 150km dari bandar Bintulu di utara Sarawak. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak hari ini mengesahkan kebakaran memusnahkan kesemua 43 unit yang dibina bersebelahan di rumah panjang itu.

Balai bomba di Bintulu menerima amaran kecemasan kira-kira jam 1 pagi.

“Lokasi rumah panjang itu adalah 142km dari Bintulu. Satu-satunya jalan menuju ke tempat itu ialah melalui jalan ladang.

“Apabila unit kami tiba, rumah panjang itu terbakar sama sekali,” kata jabatan itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tiu dan punca kebakaran sedang disiasat.

Kesemua mangsa terlibat ditempatkan di pusat perlindungan sementara daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. – 2 Jun, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen