Gereja, kuil perlu mohon geran kerajaan sebelum 30 Jun, kata Teo


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata rumah ibadat bukan Islam diberikan masa sehingga 30 Jun untuk memohon dana kerajaan bagi tujuan menaik taraf. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2024.

RUMAH ibadat bukan Islam diberikan masa sehingga 30 Jun untuk memohon dana kerajaan bagi tujuan menaik taraf, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun ini. Saya menggesa mereka yang memerlukan dana untuk menambah baik rumah ibadat supaya mengemukakan permohonan secara dalam talian kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong semua agama di negara kita,” katanya sepertidipetik akhbar New Straits Times hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Wesak di Kuala Lumpur, Teo berkata lebih 300 rumah ibadat bukan Islam menerima geran kerajaan tahun lepas untuk kerja-kerja menaik taraf.

“Kerajaan menyokong kepelbagaian dan oleh itu kita juga memperuntukkan dana untuk rumah ibadat bukan Islam.

“Tahun lepas lebih 300 rumah ibadat bukan Islam mendapat manfaat daripada peruntukan RM50 juta itu,” kata Teo. – 22 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen