Ini politik Malaysialah


Mustafa K. Anuar

Baru-baru ini berlaku perbalahan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dengan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menggelar Nga “bodoh”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 April, 2024.

AHLI politik Malaysia secara umumnya cenderung untuk melakukan sesuatu atau mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan reaksi mengejutkan atau mengundang kebencian hinggakan mereka dilihat mengarut.

Perbalahan baru-baru ini antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dengan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh, contohnya.

Akmal, seorang doktor perubatan yang tiba-tiba terkenal dalam isu stokin tertera kalimah “Allah”, bertindak kata-mengata dan mencaci nama ketika perbalahan itu. Beliau berkata Nga, sama seperti menteri “bodoh” yang lain dalam kerajaan madani, adalah punca ekonomi negara semakin teruk.

Ia adalah respons kepada kenyataan Nga berhubung boikot berpanjangan terhadap kedai runcit KK Mart yang dimulakan oleh Akmal, memberi kesan kepada ekonomi negara, selain pekerja rangkaian kedai terbabit.

Kata-mengata dan mencaci nama ini biasanya tidak membantu mereka yang terlibat, tetapi malangnya ia diamalkan oleh ahli politik tertentu dalam persidangan di Parlimen dan dewan undangan negeri.

Ia juga tidak membantu untuk menenangkan menteri yang diselar, malah tidak menambah sebarang nilai pun.

Kata-mengata ini hanya mampu merencatkan perbualan yang beradab.

Selain itu, sebenarnya tidak perlu untuk Akmal meletakkan label “bodoh” pada sesetengah ahli politik kerana rakyat Malaysia kebanyakannya dapat menilai sendiri wakil rakyat mereka. – 20 April, 2024.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen