Lionel Messi ungguli anugerah pemain terbaik Fifa 2023


Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Fifa di London pada Isnin. – Gambar AFP, 16 Januari, 2024.

BINTANG bola sepak Argentina Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Fifa manakala pemain Barcelona Aitana Bonmati merangkul trofi kategori wanita pada majlis Anugerah Fifa 2023 di London pada Isnin.

Pengurus Manchester City Pep Guardiola membawa pulang anugerah jurulatih lelaki terbaik manakala ketua jurulatih Belanda Sarina Wiegman mengungguli kategori jurulatih wanita terbaik, lapor Agensi Anadolu.

Penjaga gol lelaki terbaik dianugerahkan kepada penjaga gol Manchester City Brazil Ederson dan ketegori wanita dimenangi Mary Earps.

Anugerah Puskas Fifa 2023 iaitu anugerah gol terbaik dimenangi oleh bekas pemain tengah Botafogo Guilherme Madruga.

Peminat kelab bola sepak Argentina Colon Hugo Miguel Iniguez yang dirakamkan ketika sedang memberikan susu botol kepada bayinya ketika menonton perlawanan memenangi anugerah peminat terbaik, menurut laporan itu. β€“ Bernama, 16 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen