Manchester City juara Piala Dunia Kelab Fifa


Manchester City merangkul Piala Dunia Kelab Fifa buat kali pertama dalam sejarah menewaskan Fluminense FC dari Brazil 4-0 pada perlawanan akhir edisi ke-20 di Arab Saudi semalam. – Gambar AFP, 23 Disember, 2023.

MANCHESTER City merangkul Piala Dunia Kelab Fifa buat kali pertama dalam sejarah menewaskan Fluminense FC dari Brazil 4-0 pada perlawanan akhir edisi ke-20 yang berlangsung di King Abdullah Stadium Sports City di Jeddah, Arab Saudi semalam.

Pemenang Liga Juara-Juara itu mencipta kejayaan menerusi penyertaan sulungnya dalam Piala Dunia Kelab sekali gus menjadi kelab Inggeris pertama yang memperoleh kejayaan sedemikian, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

City mempamerkan dominasi pada awal perlawanan dengan jaringan gol terpantas dalam kejohanan itu hasil sepakan Julian Alvarez selepas hanya 42 saat permainan.

Nino, pemain pertahanan Fluminense Brazil secara tidak sengaja menjaring gol sendiri pada minit ke-27 memberikan gol kedua untuk City.

Pada separuh masa kedua Phil mencipta gol ketiga untuk pasukannya pada minit ke-72 manakala Alvarez menjaringkan gol keempat pada minit ke-89.

Pep Guardiola dari Sepanyol mencipta sejarah dengan menjadi jurulatih pertama merangkul empat kejuaraan Piala Dunia Kelab Fifa mendahului rekod Carlo Ancelotti yang memenangi tiga kejuaraan. – Bernama, 23 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen