Hakim kes Trump jadi sasaran panggilan palsu 


HAKIM Tanya Chutkan yang terlibat dalam perbicaraan kes campur tangan pilihan raya terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi mangsa panggilan palsu, lapor Sputnik memetik laporan NBC News pada Isnin.

Menurut laporan itu, polis dan jentera bomba bertindak balas terhadap laporan palsu berhubung insiden tembakan di kediaman Chutkan pada Ahad malam.

Hakim itu disahkan berada di rumah ketika pihak berkuasa tiba di kediamannya.

Sejurus tiba di kediaman itu, Chutkan disahkan tidak mengalami kecederaan dan rumah itu kosong.

Selain itu, polis merumuskan bahawa tiada tembakan berlaku manakala pihak yang membuat panggilan kecemasan berkenaan masih tidak diketahui. – Bernama, 9 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen