Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu


Hujan lebat berterusan di Kelantan membabitkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2023.

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai hari ini hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan di Kelantan membabitkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan), yang dijangka berlaku hingga esok.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku hingga esok membabitkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar) dan Pahang (Cameron Highlands dan Lipis). – Bernama, 24 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen