Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga Selasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Disember, 2023.

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan juga akan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga Selasa.

Di Pahang kawasan terlibat adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sabah kawasan terlibat ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat. – Bernama, 15 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen