Hujan di timur Semenanjung, barat Sarawak hingga Khamis


Di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan hingga awal pagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Disember, 2023.

PENUMPUAN angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak hingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan hingga awal pagi.

MetMalaysia memaklumkan di negeri lain, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – Bernama, 10 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen