Hujan, ribut petir diramal lebih lama di utara Semenanjung


MetMalaysia, menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang jabatan itu dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2023.

HUJAN lebat, ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini.

Justeru, MetMalaysia, menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Bernama, 26 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen