PARLIMEN Kyrgyzstan semalam meluluskan rang undang-undang untuk menukar bendera negara itu, lapor Sputnik memetik jurucakap Parlimen Kyrgyz.
“Hari ini (20 Disember) ahli Parlimen mempertimbang dan meluluskan dalam bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang ‘Pindaan Undang-undang Republik Kyrgyz tentang Simbol Negara Republik Kyrgyz’,” kata jurucakap itu.
Speaker Parlimen Nurlanbek Shakiev dan Ahli Parlimen Ulan Primov mencadangkan projek menukar bendera itu yang turut disokong oleh Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov.
Perubahan itu mencetuskan perdebatan di media sosial Kyrgyz dengan ramai pengguna tidak bersetuju dengan perubahan pada bendera sedia ada. – Bernama, 21 Disember, 2023.
Komen