Australia bakal haramkan simbol kebencian Nazi


Kerajaan Australia akan memperkenalkan undang-undang melarang paparan awam simbol kebencian Nazi selain mengharamkan urus niaga barangan yang dicetak dengan simbol berkenaan. – Gambar AFP, 8 Jun 2023.

PEGUAM Negara Australia Mark Dreyfus pada Khamis mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan undang-undang melarang paparan awam simbol kebencian Nazi selain mengharamkan urus niaga barangan yang dicetak dengan simbol berkenaan, laporkan Xinhua.

Di bawah Rang Undang-Undang Pindaan Perundangan Antikeganasan Australia, individu yang didapati melanggar undang-undang baharu itu boleh berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan.

Larangan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada perdagangan dan paparan umum bendera, lilitan lengan, kemeja-t, lencana dan penerbitan simbol dalam talian yang mempromosikan ideologi Nazi.

Dreyfus berkata terdapat peningkatan dalam paparan umum simbol-simbol berkenaan dan menangani ekstremisme ganas sayap kanan adalah keutamaan bagi kerajaan Australia. – Bernama, 8 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen