Kerjasama Umno-PAS tidak akan kekal, kata Puad Zarkashi


Ravin Palanisamy

TIADA keperluan untuk mempertimbangkan sebarang kemungkinan hubungan antara Umno dan PAS, kata Puad Zarkashi.

Walaupun penyatuan semula itu semata-mata politik, kerjasama itu masih tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, kata ahli majlis tertinggi Umno itu.

“Peluang itu terlepas sejak gagalnya Muafakat Nasional.

“Ketika itu isu ICERD dan Statut Rom menyatukan Umno-PAS.

“Tetapi bila faktor politik masuk ia membantut kerjasama itu,” kata Puad menerusi satu posting di Facebook hari ini. 

MN ditubuhkan pada 2019, berikutan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum 2018, dengan tujuan untuk merangsang perpaduan ummah dalam pembangkang.

Puad berkata kerjasama itu, jika dibangkitkan, hanya akan berfungsi sebagai “marriege of convenience” kerana pilihan raya kecil Kemaman baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun mencadangkan parti itu bergerak ke hadapan dengan kerajaan perpaduan dan memberi tumpuan kepada ekonomi, dan Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang membina.

Pada Isnin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil berkata Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi perdana menteri jika PN berjaya memikat Umno semula sebelum pilihan raya umum akan datang, berikutan kemenangan menteri besar Terengganu di Kemaman.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebarang hubungan dengan Umno mesti melalui platform PN dan termasuk Bersatu. – 6 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen