Umno kaji kekalahan PRK Kemaman


Calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar semalam mendapat 70% undi dari keleluruhan. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2023.

MAJLIS Tertinggi Umno akan mengkaji kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kata Johari Abdul Ghani.

Naib Presiden Umno itu berkata masih terlalu awal untuk memastikan punca kekalahan tersebut dan parti masih belum mendapat semua butirannya.

“Dalam mesyuarat itu, kita akan lihat bagaimana kita boleh kalah, lebih teruk daripada yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kita perlu kaji betul-betul.

“Majlis Tertinggi akan semak dengan mendalam berkenaan keputusan semalam,” katanya lapor The New Straits Times, hari in

Semalam, Ahmad Samsuri Mokhtar dari PAS mendapat 64,998 undi, menewaskan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menerima 27,778 undi.

Samsuri mendapat 70% daripada undi pada PRK itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias ​​Hamid dalam pilihan raya umum tahun lepas. – 3 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen