9 maut, 15 cedera dalam serangan ke atas lombong di utara Peru


SEKURANG-KURANGNYA sembilan orang terbunuh dan 15 lagi cedera pada Sabtu selepas penyerang bersenjata menyerang lombong Poderosa di daerah La Libertad utara Peru, lapor Xinhua.

Kementerian Dalam Negeri Peru yang mengesahkan kejadian itu berkata serangan berlaku  kira-kira 1 pagi waktu tempatan.

Kenyataan itu memaklumkan sekumpulan individu bersenjata menyerbu kemudahan lombong itu dan menyerang pengawal keselamatan selain menjadikan empat orang sebagai tebusan. – Bernama, 3 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen