4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria


Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan peranginan ski Kasberg di Upper Austria. – Gambar EPA, 26 November, 2023.

KESEMUA empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.

Jurucakap polis Austria berkata nahas berlaku kira-kira tengah hari pada Sabtu di kawasan peranginan ski Kasberg di Upper Austria.

Menurut beliau, salji menyukarkan pencarian pesawat yang terhempas itu.

Selepas kira-kira dua jam, serpihan pertama pesawat ditemukan di kawasan yang dilitupi salji sebelum  mayat keempat-empat penumpang ditemukan.

Polis berkata identiti mangsa, punca nahas dan laluan sebenar pesawat masih belum dapat dipastikan. – Bernama, 26 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen