Presiden baharu Ecuador janji perubahan


Presiden baharu Ecuador Daniel Noboa berjanji memberi tumpuan kepada perubahan dan masa depan. – Gambar AFP, 24 November, 2023.

PRESIDEN baharu Ecuador Daniel Noboa merupakan ketua negara termuda dalam sejarah negara itu selepas secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Ramai yang cuba melabel kerajaan baharu dengan politik atau ideologi lama, tetapi kami memberi tumpuan kepada perubahan dan masa depan,” kata anak kepada taikun pisang Alvaro Noboa, 35.

Daniel Noboa hanya memegang jawatan itu sehingga Mei 2025 - sehingga tamat tempoh jawatan Presiden Guillermo Lasso yang meletak jawatan lebih awal.

Ramai warga Ecuador menganggap situasi keselamatan sebagai krisis terbesar di negara itu. Kadar pembunuhan di negara itu sekitar 25 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, adalah antara yang tertinggi di Amerika Latin.

Sejurus sebelum pusingan pertama pilihan raya, calon presiden Fernando Villavicencio yang berjanji memerangi rasuah ditembak mati selepas berkempen untuk pilihan raya. – Bernama, 24 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen