6 warga asing ditahan kes bunuh calon presiden Ecuador


Fernando Villavicencio, calon untuk pilihan raya presiden akhir bulan ini, terbunuh pada Rabu dalam serangan bersenjata ketika berkempen di Quito. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2023.

KESEMUA enam suspek yang ditahan berhubung pembunuhan calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio dan seorang lagi suspek yang ditembak mati, merupakan warga asing, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis.

Keenam-enam suspek yang kesemuanya anggota kumpulan jenayah terancang ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Quito, menurut laporan polis.

Menyifatkan pembunuhan itu sebagai “jenayah keganasan politik”, Menteri Dalam Negeri Ecuador Juan Zapata mengesahkan semua suspek merupakan warga asing, tetapi tidak mendedahkan kewarganegaraan mereka.

Menteri itu berkata polis akan terus menyiasat untuk mengenal pasti motif jenayah itu.

Fernando Villavicencio, calon untuk pilihan raya presiden akhir bulan ini, terbunuh pada Rabu dalam serangan bersenjata ketika berkempen di Quito. – Bernama, 11 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen