Tembakan kedengaran semasa kempen tertutup calon presiden Ecuador 


TEMBAKAN kedengaran semasa kempen tertutup calon presiden Ecuador Daniel Noboa di bandar Duran, wilayah Guayas, lapor Sputnik, memetik media tempatan pada Khamis.

Bunyi tembakan kedengaran pada petang Khamis semasa acara tertutup yang dihadiri oleh Noboa, iaitu calon presiden dari gerakan politik Tindakan Demokratik Nasional, lapor akhbar El Universo.

Wartawan yang hadir mendakwa mereka tidak pasti sama ada tembakan itu menyasarkan calon presiden terbabit.

Noboa dipindahkan tanpa mengalami sebarang kecederaan, menurut laporan itu.

Beliau memakai jaket kalis peluru dan dilaporkan telah menerima ugutan bunuh.

Pada awal Ogos, calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio ditembak mati di Quito semasa  berkempen untuk pilihan raya.

Kurang seminggu dari tragedi terbabit, ketua Gerakan Revolusi Rakyat di wilayah Esmeraldas, Pedro Briones, turut menerima nasib yang sama.

Sejak Januari 2022, 25 ahli politik telah dibunuh di negara itu, menurut akhbar itu.– Bernama, 18 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen