3 pangkalan tentera AS di Syria diserang


Medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu.– Gambar AFP, 24 Oktober, 2023.

TIGA pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria diserang secara serentak oleh kumpulan tidak dikenali pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu. 

Terdahulu, sebuah pangkalan AS di kawasan Al-Malikiyah di Al-Hasakah yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) telah diserang dron bersenjata.

Selain itu, sebuah pangkalan di wilayah Al-Tanf di selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan dron.– Bernama, 24 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen