23 maut bas tentera Syria diserang militan Daesh


Militan Daesh menyerang bas tentera di kawasan gurun Bandar al-Mayadeen di timur luar bandar Deir al-Zour, mengakibatkan 23 tentera maut. – Gambar AFP, 12 Ogos, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 23 tentera Syria terbunuh manakala 10 lagi cedera pada awal Jumaat apabila militan Daesh menyerang hendap sebuah bas tentera di wilayah timur Deir al-Zour, Xinhua memetik laporan badan pemantau perang.

Militan Daesh menyerang bas di kawasan gurun Bandar al-Mayadeen di timur luar bandar Deir al-Zour, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Kumpulan pemantau yang berpangkalan di UK berkata, militan mengatur persiapan serangan hendap dan melepaskan tembakan ke arah bas itu dengan senjata bersaiz ringan dan sederhana. – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen