SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak


Bilik gerakan SPRM Cawangan Bintulu, Sarawak akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 November depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2023.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bilik gerakan di SPRM Cawangan Bintulu, Sarawak itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 November depan.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel [email protected] atau menghubungi talian 086-316200,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Talib Zulpilip, 72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 15 September lalu. – Bernama, 21 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen