SPRM serbu firma peguam Muhyiddin


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu firma guaman milik peguam bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu memetik sumber yang berkata, sepasukan 12 pegawai SPRM melakukan serbuan terhadap firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS) pagi tadi.

Sumber juga mendakwa pegawai berkenaan mahu menggeledah dan merampas dokumen firma itu.

Laporan berita itu berkata SPRM juga cuba menyerbu pejabat guaman Chetan Jethwani & Co, yang turut mewakili Muhyiddin.

Rosli Dahlan, yang merupakan rakan kongsi RDS, adalah peguam utama Bersatu dan Muhyiddin dalam beberapa kes, termasuk saman fitnahnya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Portal berita itu memetik sumber berkata terdapat kebimbangan yang serbuan itu dilakukan bagi membolehkan SPRM mendapat akses kepada fail firma guaman itu yang berkaitan dengan kes berprofil tingginya.

The Malaysian Insight menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mendapatkan komennya. – 6 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen