DUA orang maut dan seorang cedera apabila peluru berpandu Rusia mengenai sebuah kedai makan di wilayah Mykolaiv selatan Ukraine lewat Rabu, kata pihak berkuasa Ukraine.
Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine berkata peluru berpandu itu telah mengenai “pusat makanan” di kawasan perumahan di wilayah itu pada 8:30 malam (1730 GMT).
“Dua orang maut dan seorang cedera di bawah runtuhan,” katanya di Telegram.
“Akibat daripada kesan itu, bangunan kediaman dan sebuah perusahaan pertanian turut rosak,” tambahnya.
Gabenor Mykolaiv, Vitaliy Kim, yang menulis di aplikasi itu berkata peluru berpandu telah menyerang di Stepove, sebuah kampung kecil yang terletak sekitar 45 kilometer (28 batu) barat laut bandar Mykolaiv.
Beliau berkata salah seorang yang terbunuh adalah seorang wanita. “Para penyelamat mengeluarkan mayatnya dari bawah runtuhan bangunan yang musnah,” tulisnya.
Beliau kemudian berkata wilayah itu telah dilanda dua letupan, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat.
Berita itu datang selepas serangan Rusia ke atas wilayah Zaporizhzhia dan Dnipropetrovsk Ukraine mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang semalaman hingga Rabu. – AFP, 19 Oktober, 2023.
Komen