7 maut, 90 cedera dalam serangan peluru berpandu di Ukraine


Menteri Dalam Negeri Ukraine Ihor Klymenko memaklumkan kebanyakan mangsa adalah orang yang berada dalam kereta, melintas jalan berdekatan juga yang baru pulang dari gereja. – Gambar Facebook The Kyiv Independent, 20 Ogos, 2023.

SEKURANG-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 90 lagi cedera pada Sabtu apabila serangan peluru berpandu mengenai bandar Chernihiv di utara Ukraine, lapor Xinhua memetik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri negara itu.

Sepuluh pegawai polis dan 12 kanak-kanak antara yang cedera dalam serangan itu, menurut kementerian itu dalam siaran di Telegram.

Menurut kenyataan di laman sesawang kementerian, peluru berpandu itu mengenai sebuah teater di tengah bandar tersebut.

Agensi berita UNIAN Ukraine melaporkan teater itu menganjurkan pameran dron ketika serangan berlaku. – Bernama, 19 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen