3 maut, seorang cedera insiden tembakan di Los Angeles


Tiga maut akibat ditembak yang berlaku di Los Angeles, kira-kira 9.30 malam waktu tempatan Isnin di kawasan kejiranan North Hollywood. – Gambar AFP, 18 Oktober, 2023.

TIGA orang terbunuh dan seorang orang lagi cedera dalam insiden tembakan kereta ke kereta di Los Angeles, bandar raya terbesar di pantai barat Amerika Syarikat, menurut media tempatan memetik kenyataan polis pada Selasa.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles yang dipetik KABC-TV, stesen utama rangkaian televisyen ABC di pantai barat, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 malam waktu tempatan Isnin di kawasan kejiranan North Hollywood.

Polis berkata, tembakan dilepaskan dari sebuah kereta sedan berwarna perak yang dinaiki tiga atau empat lelaki, ke arah sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna hitam.

Laporan itu menyebut seorang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa dalam kereta hitam sempat sampai di hospital tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Belum ada suspek yang ditahan dan motif tembakan masih disiasat. – Bernama, 18 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen