GEMPA bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat Afghanistan pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), membabitkan kawasan di mana lebih 2,000 orang terbunuh selepas gegaran serupa pada hujung minggu lalu.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman cetek kira-kira jam 5.10 pagi waktu tempatan (00:40 GMT), dengan pusat gempa kira-kira 29 kilometer di utara bandar Herat, kata USGS. – AFP, 11 Oktober, 2023.
Komen