Angka kematian akibat tanah runtuh di Cameroon meningkat kepada 30


Kira-kira 25 buah rumah dihanyutkan banjir dalam kejadian tanah runtuh di Yaounde, ibu negara Cameroon. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2023.

PASUKAN penyelamat mengeluarkan tiga lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Yaounde, ibu negara Cameroon menjadikan jumlah kematian kepada 30 orang, lapor Xinhua memetik pegawai penyelamat.

Pasukan Pemadam Kebakaran Kebangsaan yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamat berkata operasi masih dijalankan di lokasi bencana dengan berpuluh-puluh lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

Kejadian itu berlaku pada 8 malam Ahad lepas, waktu tempatan di kawasan kejiranan berbukit Mbankolo di Yaounde, selepas hujan lebat berterusan

Kira-kira 25 buah rumah dihanyutkan banjir.

Menteri Pentadbiran Wilayah Paul Atanga Nji melawat tapak bencana awal semalam dan berkata sebahagian daripada mereka yang diselamatkan dalam tragedi itu kini menerima rawatan di hospital. – Bernama, 10 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen