10 pelajar Nepal terbunuh di Israel


Penduduk Palestin memeriksa Menara Al-Watan yang musnah berikutan serangan udara Israel di Gaza. Seramai 10 pelajar Nepal di Israel dipercayai terbunuh dalam serangan itu. – Gambar EPA, 9 Oktober, 2023.

SERAMAI 10 pelajar Nepal terbunuh dalam keganasan pada Sabtu di Israel, kata kerajaan Nepal semalam.

Empat lagi cedera dalam operasi yang dilancarkan terhadap sasaran Israel oleh kumpulan Palestin Hamas.

“Kedutaan kami sedang menyelaras dengan Kementerian Luar mengenai bagaimana mayat mangsa boleh dihantar pulang selepas pemeriksaan,” kata duta Nepal ke Israel, Kanta Rizal kepada media Nepal.

Terdahulu semalam Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud berkata 17 pelajar Nepal sedang belajar di “Kibbutz Alumim” Israel berhampiran Semenanjung Gaza dan tidak ada komunikasi dengan 11 daripada mereka.

“Pada masa ini terdapat kira-kira 4,500 warga Nepal berkhidmat sebagai pengasuh di Israel.

“Selain itu 265 pelajar Nepal mengambil bahagian dalam program pembelajaran dan pendapatan yang ditaja oleh kerajaan Israel,” kata Saud. – Bernama, 9 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen