Nahas pesawat di Nepal, 67 terbunuh setakat ini


Pasukan penyelamat masih mencari baki mangsa nahas pesawat di Nepal yang belum ditemui. – Gambar Facebook, 15 Januari, 2023.

SEKURANG-kurangnya 67 individu disahkan terbunuh dalam nahas kapal terbang di Nepal pada Ahad, kata polis.

“31 mayat sudah dibawa ke hospital,” kata pegawai polis AK Chhetri kepada AFP sambil menambah 36 mayat ditemui dalam kawasan gaung di lokasi nahas berlaku.

Sementara itu jurucakap syarikat penerbangan Yeti Airlines Yeti Sudarshan Bartaula berkata 15 penumpang asing termasuk lima warga India, empat warga Rusia dan dua warga Korea Selatan disahkan terbabit dalam kejadian itu.

Pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dilaporkan dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara membawa 68 penumpang termasuk empat anak kapal.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan api yang marak dengan asap hitam dan serpihan-serpihan bertaburan di tanah.

Namun AFP melaporkan masih belum dapat mengesahkan kesahihan video tersebut. – AFP, 15 Januari , 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen