Nurul Izzah gesa rapatkan jurang jantina


Ketua Sekretariat Bersama Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan Nurul Izaah berkata kesaksamaan gender di tempat kerja penting untuk membina negara yang lebih produktif dan maju. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2023.

SASARAN Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi tidak akan tercapai jika jurang jantina di negara ini tidak ditangani, kata Nurul Izzah.

Ketua Sekretariat Bersama Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan itu berkata perjalanan untuk merapatkan jurang jantina di Malaysia masih panjang.

Nurul Izzah berkata walaupun penempatan wanita di universiti tinggi, namun  lebih daripada separuh (54.2%) penganggur adalah graduan wanita.

“Kesaksamaan gender di tempat kerja dan seterusnya adalah penting untuk membina negara yang lebih produktif dan maju berdasarkan prinsip Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kerajaan perpaduan ketika ini mengambil langkah-langkah yang perlu memastikan jurang antara jantina dapat dirapatkan.

“Di bawah rangka kerja Ekonomi Madani, kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 60%, menjadikannya lebih setanding dengan negara-negara serantau.

“Aspek utama kesaksamaan jantina adalah dengan memudahkan wanita kembali bekerja selepas bersalin,” kata Nurul Izzah. – 6 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen