ALA canggung sungguh, bila Anwar Ibrahim berbuat begitu. Padahal beliau boleh melakukan sesuatu yang amat bermakna – dengan tidak melantik anak perempuannya Nurul Izzah ke apa-apa jawatan; sama ada ia bergaji atau tidak. Termasuklah sekadar selaku penasihat.
Agak menghairankan tiada sesiapa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Pejabat Peguam Negara mengingatkan perdana menteri bahawa Anwar boleh menggelongsor terjatuh ke bawah Akta SPRM Seksyen 23 yang mana menyatakan “mana-mana penjawat awam tidak boleh menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah dirinya atau saudara-mara”.
Komen