Van bawa pelancong Singapura terjunam dalam cerun di Balik Pulau


Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan setakat ini. – Gambar Facebook, 24 September, 2023.

SEBUAH van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura terbabas sebelum terjatuh ke cerun bukit berkedalaman lebih enam meter di Balik Pulau, malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataan awal memaklumkan menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 8.14 malam.

“Terdapat sembilan mangsa di dalam van berkenaan dan kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan dengan dibantu oleh beberapa Pasukan Bomba Sukarela berdekatan.

“Maklumat akan dikemas kini,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 24 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen