Polis siasat laporan kamera tersembunyi dalam inap desa di KK


Perkongsian pasangan itu kini tular di media sosial. – Gambar Facebook, 23 September, 2023.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di Kota Kinabalu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, setelah menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 September lepas.

“Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihak polis menafikan meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang dibuat di platform medianya.

Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu Khairul Shah Peri menerusi nombor telefon 011-26691994. – Bernama, 23 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen